Wednesday, May 6, 2009

STRATEGI DIRI

Setiap orang ada cara dan gayanya dalam menghadapi sesebuah situasi begitu jugalah yang perlu ada dalam setiap diri seorang mahasiswa/wi Azhari. Dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami ialah “Strategi”. Tambahan pula dalam fatrah untuk menghadapi peperiksaan sudah tentunya akan ada pelbagai cara sama ada dari segi pembelajaran, membuat nota, pembahagian masa dan study group.
.
Pentingnya strategi ini adalah supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekaligus dapat mengelakkan daripada tekanan ketika peperiksaan semakin hampir. Selain daripada itu ,dengan adanya strategi melatih diri untuk bijak dalam membuat perancangan.
.
Sepertimana untuk membina sebuah bangunan yang besar mana mungkin ianya dibina tanpa dirangka pelan terlebih dahulu kerana dengan berdasarkan rangkaan pelan itulah yang dapat membantu sepanjang pembinaan bangunan tersebut bukan itu sahaja strategi juga mendorong pemikiran untuk merealisasikan sesuatu dengan lebih kreatif dan kreatis.
.
Kesimpulannya apa yang pasti setiap mahasiswa/wi Azhari perlu ada strategi diri terutamanya untuk menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuh tidak lama lagi. Jangan sesekali mengenteng-entengkan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita selaku Azhari di Bumi Kinanah ini.
.
Oleh : Biro Pelajaran dan Ilmiah
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
Sesi 2008/2009